Hey , assalmmualaikum waramatullah hibawarokatuh :)
I'm done with my SPM . Saya sudah buat sebaik mungkin , sekarang apa yang saya boleh buat , hanyalah tawakal . Apa maksud tawakal tu ye ? Tawakal tu berserah kepada Allah selepas kita sudah berusaha bersungguh-sungguh . InsyaAllah , Allah akan bagi apa yang terbaik . Amin .
Memang betul cakap orang , apa yang kita rindu selepas sekolah ialah rakan-rakan . Rakan-rakan yang ada untuk menjadi pendengar cerita , rakan yang memberi semangat , rakan yang masih berdiri sebelah kita walaupun kita dihina , rakan yang untuk mentertawakan kita , rakan yang meraikan sambutan hari jadi kita secara mengejut , rakan yang boleh berkongsi idea , rakan yang membimbing kita ke arah kebaikan , rakan yang sedarkan kita bila kita hilang arah . Mereka rakan yang tebaik . Alhamdulillah , sangat bersyukur . Apa yang kita boleh balas untuk mereka ? Doakan kebahagiaan mereka untuk di dunia dan akhirat .
Namun rakan yang paling hebat yang kita ada ialah pencipta kita , Allah swt . Percayalah , setiap suka & duka , kita lalui berasama-sama dengan Nya . Walaupun kita tidak melihat Dia , Dia sentiasa berada di atas sana memberikan kita beribu-ribu berkat & hidayah untuk kita . InsyaAllah .